Monday, July 23, 2012

Tanya Abang Haji


"Abang Haji!" ughang duma (isteri) memulakan bicara.

"Ya, ada apa?" tanya wakdan.

"Boleh tak puasa semalam?" yang merujuk pada hari Jumaat lepas iaitu "Hari Syak".

"Setahu abang tak boleh" jawab wakdan ringkas.

"Setahu sayang pun macam tu jugak. Haram berpuasa di Hari Syak seperti yang ustaz-ustaz pernah ajar." balas isteri wakdan.

"Puasa apa? puasa sunat ker?" tanya wakdan lagi.

"Bukan, puasa qodho. Ada ustaz kata boleh.'" balas isteri wakdan.


Berikut adalah hadis mengenai larangan berpuasa di "Hari Syak".


Bagi mereka yang tidak tahu apa itu "Hari Syak", sila baca rujukan di bawah.

sumber : URL ini

Entahlah. Banyak mengenai hukum hakam Islam yang timbul di zaman teknologi serba canggih ini. Tetapi jarang-jarang diperkatakan oleh ustaz dan ustazah di zaman wakdan belajar dahulu. Bab agama dan hukum hakam ini tak boleh buat main-main. Wakdan tak berani nak komen atau cakap sebab tak tahu. Mana yang confirm tahu ajer berani cakap. Mengikut apa yang telah dipelajari.  

Arwah ayah pernah berpesan. Kalau nak mengaji yakni belajar hal-hal agama, mesti berguru. Jangan belajar dari buku sahaja. Tetapi memandangkan zaman sekarang adalah zaman "google", wakdan tidak dapat mengelakkan keterujaan untuk meng"google" berkenaan persoalan ini.

Daripada "googling" wakdan, terjumpa info (di link ini dan link ini) yang mengatakan puasa nazar atau qodho' dibolehkan pada Hari Syak. Pada pandangan wakdan info tersebut boleh dipercayai sebab dinyatakan sumber rujukannya. Insya Allah, jika ada kelapangan dan sumber2 tersebut, wakdan akan rujuk dan semak. Yang lebih baik, jika dapat disoal kepada tok guru2 atau ustaz2 yang ahli dalam bab-bab feqah sebegini.

Wallahu'alam ...

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan Tahun 1433H


Hari ini adalah hari Ahad, 22hb Julai 2012. Dalam kalendar Hijiriah, ia bersamaan dengan 2 Ramadhan 1433H. 

Masya Allah, sungguh cepat waktu berlalu. Dan sudah sangat lama rupanya wakdan tidak update blog ini. Kira2 setengah tahun. Hari ini juga merupakan hari kedua umat Islam berpuasa. Kalau Jumaat merupakan penghulu hari, Ramadhan pula merupakan penghulu segala bulan.

Kenapa agaknya ek? 

Banyak sebabnya. Di antara sebab utama bagi pendapat wakdan adalah kerana di dalam bulan Ramadhanlah Al-Quran mula diturunkan. Seperti yang termaktub dalam surah Al-Baqarah berikut.

Surah Al-Baqarah, Ayat 185
Tak tahu maknanya ya. Jangan risau, di zaman serba canggih ini cukup mudah nak faham apa makna ayat-ayat al-Quran. Hanya copy & paste ajer kan he he .. Tapi awas ya, jangan copy & paste sembarangan. Kena jaga juga. Niat kita baik nak sama-sama join berdakwah. Nak ikut hadis "Ballighu anni ..." kan? 


Boleh baca ker? Kecik sangat ek. Double click kalau nak nampak lebih jelas.

So, marilah kita mengambil peluang dalam penghulu segala bulan dengan melakukan ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Jangan lupa untuk bersolat tarawih setiap malam. Jika tak sempat berjamaah di masjid2 atau surau2, kita boleh buat bersendirian di rumah. 

Dan wakdan ingin berpesan terutamanya kepada diri sendiri agar mengambil peluang sebaik mungkin untuk membanyakkan membaca al-Quran. Cuba iltizam untuk khatam sekurang2nya sekali. Insya Allah, boleh kan?


Monday, February 13, 2012

Khutbah Jumaat Berbahasa Inggeris Yang Mengujakan

Jumaat minggu lalu (10 Februari), wakdan bersolat di Masjid Uniten yang terletak di kawasan institusi Bangi. Senang cerita, masjid tersebut dekat dengan Pusat Latihan Maybank.

Sungguh bersemangat khatib menyampaikan khutbahnya. Beliau merupakan khatib jemputan pada andaian wakdan. Beliau menyampaikan khutbahnya dalam Bahasa Inggeris. Satu keunikan tersendiri kerana lazimnya khutbah di kebanyakan masjid di Malaysia adalah dalam Bahasa Malaysia.

Agak panjang juga khutbahnya dari kelaziman iaitu selama 15 minit. Tidak kurang setengah jam lamanya khutbah Jumaat tersebut. Intipati khutbah adalah berkenaan Seksaan Kubur atau Punishment of the Grave. Rasanya agak wajar juga khutbah dalam Bahasa Inggeris kerana ramai di kalangan Jamaah dari luar negara terutamanya dari negara-negara Timur Tengah. 

Teruja wakdan mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib dengan begitu bersemangat sekali. Semoga semua para Jamaah juga begitu. Sama-sama menginsafi diri dan takut dengan seksaan kubur yang maha dahsyat. 

Gambar-gambar berikut adalah buktinya. Semua gambar dirakam oleh Black Berry Curve.





Sunday, February 5, 2012

Bersolat Jumaat Di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara Kepong

Alhamdulillah, wakdan bersolat Jumaat buat pertama kalinya di Masjid Al-Imam Al-Ghazali (MAIAG) yang terletak di Bandar Manjalara, Kepong pada hari Jumaat 3 hb Februari yang lalu. Wakdan bersolat di masjid tersebut kerana ada tugasan di Tesco Village.

MAIAG - foto dimuat turun dari laman facebook.

Sebelum solat, wakdan makan tengahari dahulu di sebuah gerai di luar masjid. Wakdan tidak berseorangan sebenarnya. Ada dua orang rakan sepejabat, Irwan dan Fuad, turut bersama.

foto BB
foto BB
Boleh tahan besarnya masjid ini. Ramai murid-murid sekolah yang memenuhi masjid ini terutamanya di bahagian tengah masjid. Wakdan yakin mereka adalah pelajar di sebuah sekolah agama berasrama penuh  persekutuan yang terletak betul-betul di hadapan masjid di seberang jalan.

Khutbah minggu ini bertajuk "Inilah Rasulullah" bersempena sambutan Maulidul Rasul yang jatuh pada hujung minggu ini. Para jamaah sewajarnya bisa lebih menghayati intipati khutbah Jumaat ini kerana ada media presentation sewaktu khutbah sedang berlansung.

Friday, January 6, 2012

Kali Pertama Bersolat Di Masjid Pangkalan TUDM Subang

Sungguh cantik dan indah kebanyakan masjid di Malaysia. Umat Islam di negara ini harus bersyukur kerana kemudahan tempat bersolat yang amat selesa dan banyak. Amat sayang sekali jika rakyar Islam di Malaysia tidak memenuhkan masjid-masjid yang bertebaran di pelusuk negara untuk solat berjemaah terutamanya di malam Jumaat yang selalu diadakan aktiviti membaca surah yasin berjamaah di antara solat Maghrib dan Isyak.

Malam kelmarin, wakdan berpeluang berkunjung ke Masjid Pangkalan TUDM kerana syarikat mengadakan majlis tahlil seorang rakan pejabat yang baru pulang kerahmatullah. Walaupun ia masjid yang paling hampir dengan pejabat syarikat di Bukit Jelutong, wakdan selalu menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Jelutong atau Masjid TTDI Jaya. 

Segala puji-pujian hanya kepada ALLAH, wakdan amat terpesona dan kagum dengan keindahan dan keunikan Masjid Pengkalan TUDM tersebut.   

Gambar2 di bawah adalah buktinya.

foto di atas dimuat turun dari blog ini


cantik kan ukiran di dalam masjid ini?


Di masjid ini jugalah jenazah allahyarham Noramfaizul, jurukamera Bernama TV, disembahyangkan tahun lepas setibanya dari Somalia.

Tuesday, January 3, 2012

Masjid Pekan Kuala Selangor

Isnin, 2 Januari 2012

Hari ini public holiday kerana Tahun Baru jatuh pada hari Ahad. Wakdan sekeluarga menghantar Anis balik ke asrama di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor atau lebih dikenali sebagai KUSESS. Tahun ini Anis di Tingkatan 2. Sungguh cepat masa berlalu. Setahun wakdan telah berulang alik ke Kuala Selangor (KS) menjemput dan menghantar Anis dari dan ke asramanya.

Setelah settle segala urusan di asrama, kami sekeluarga makan tengahari di Restoran Bagan yang terletak di hadapan Masjid Pekan Kuala Selangor. Setelah selesai makan dan membayar di kaunter pembayaran, wakdan dan Fikri pergi ke Masjid Pekan KS untuk bersolat Zuhur. Isteri wakdan dan Anis memilih untuk bersolat di surau KUSESS.

Masjid tersebut merupakan sebuah masjid lama. Rasanya, wakdan pernah bersolat di masjid ini ketika bersekolah di Kajang dan Kelang di awal tahun 1980an dahulu. Kerap juga rasanya wakdan singgah di perhentian bas lama KS yang terletak di tepi sungai berhampiran masjid ini. Wakdan naik "bas loncat" samada dari Puduraya atau Klang bus stand ke Kuala Selangor. Dari KS naik bas pula ke Tanjung Karang dan seterusnya ke Sabak Bernam. 

Tidak pernah rasanya aku balik dari asrama ke kampung yang dijemput oleh arwah ayah atau ahli keluarga. Wakdan kena balik sendiri menaiki bas. Tidak seperti kebanyakan anak-anak sekarang yang berhantar berjemput. Itulah perubahan zaman yang perlu disyukuri dan kisah zaman lampau yang perlu menjadi ingatan dan pengajaran. Kesemuanya ada hikmah yang tersendiri. Yang amat penting, berserahlah kepada ALLAH azza wajalla.  




Hamparan permaidani yang cantik dan selesa untuk kita bersujud kepada ALLAH yang maha esa.


Cantik dan indah ukiran di dalam Masjid Pekan KS. Semoga menjadi tarikan umat Islam untuk datang bersolat di masjid ini. 

Tidak dipastikan bila Masjid Pekan KS ini dibina. Tetapi wakdan percaya ia merupakan sebuah masjid lama. Cuba juga cari maklumat melalui Google, tetapi sayang tidak banyak info dan maklumat tentang masjid ini yang ditemui.


Tempat Bersolat Di Hentian LATAR

Tempat bersolat di hentian Lebuhraya LATAR arah ke KL juga amat selesa. Tiada alasan bagi kita untuk tidak bersolat sewaktu dalam perjalanan kerana kemudahan tempat bersolat yang baik dan selesa telah disediakan.

"YA ALLAH, BERILAH KAMI KEKUATAN UNTUK MENJAGA SOLAT KAMI. JADIKAN LAH KAMI HAMBA2 MU YANG BERSEGERA DAN MENJAGA SOLAT."