Tuesday, March 6, 2018

Masjid Nombor 156 Dan MISI HJ SALEH SOLAT DI SERIBU MASJID


Masjid Nombor 156
Alhamdulillah foto Masjid Nombor 156 dalam senarai Misi Hj Saleh Solat Di Seribu Masjid ini agak cantik dan menjadi walaupun diambil dari dalam kereta dan menggunakan camera hp Xiomi Mi Max yang biasa biasa aje. 

Hj Saleh yakin ramai yang kenal masjid ini terutamanya Ustaz Abd Ur-Rahman Amin. Hj Saleh tidak dapat sertai solat jemaah bersama ahli qaryah masjid. Hj Saleh bersolat Jamak Qasar Taqdim Asar ke Zuhur kerana dalam pemusafiran. 

Islam itu mudah. Banyak kelonggaran yg diberikan kepada kita umat Islam. Jadi tiada alasan bagi kita untuk tidak jadikan "ISLAM IS THE WAY OF LIFE". Marilah kita sama sama muhasabah diri setakat mana amalan kita. 

Hj Saleh berpesan kepada diri sendiri agar sentiasa MENJAGA SOLAT. Bisikan malas untuk solat sentiasa datang terutamanya apabila dalam keletihan. 

Alhamdulillah Hj Saleh panjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH azza wa jalla. Macam tak percaya Hj Saleh telah berjaya singgah dan bersolat di 150 buah masjid dalam masa empat bulan bermula bulan November 2017. 

Semoga Hj Saleh berjaya singgah dan bersolat di 850 buah masjid lagi. Time frame untuk Misi ini adalah selama 25 bulan. Setakat ini, selain singgah dan bersolat di masjid-masjid di Lembah Kelang (Klang Valley) atau Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Alhamdulillah Hj Saleh telah singgah dan bersolat di Enam (6) buah masjid di Indonesia (Jakarta & Bandung), Tiga (3) di Negeri Perak, Tiga (3) di Negeri Pahang dan Tiga (3) juga di Negeri Sembilan.

Untuk Misi ini, Hj Saleh rancang nisbah 90%:10% yakni 900 buah masjid di dalam negara dan 100 buah lagi di luar negara. Hj Saleh amat berbesar hati jika ada yang sudi menyumbang dana atau menaja untuk Misi Hj Saleh Solat Di Seribu Masjid ini terutamanya untuk perbelanjaan ziarah masjid2 di luar negara.

Hj Saleh juga amat berbesar hati jika ada yang sudi join pakej-pakej pelancongan Islamik Hj Saleh bersama IG Group Holidays. Sila hubungi Hj Saleh untuk info lanjut.

Hj Saleh sangat mengalu-alukan dan berbesar hati jika ada pihak yang memanggil untuk berkongsi pengalaman, info dan gambar2 masjid yang telah Hj Saleh singgah. Generasi muda anak2 kita perlu didedah dengan keindahan dan keunikan masjid. Mereka perlu digalakkan untuk bersolat di masjid. Alhamdulillah, di kebanyakan masjid saf-saf tidak kosong hanya Pak Imam, Pak Bilal dan seorang dua ajk masjid. Malah saf-saf sungguh banyak terisi walaupun solat Zuhur dan Asar, walaupun di hujung minggu dan public holiday.

Hj Saleh amat berharap agar rakan2 FB SHARE posting2 Hj Saleh berkenaan Misi ini agar boleh reach out lebih ramai lagi umat Islam agar semakin ramai yang pergi ke masjid untuk bersolat jemaah dan jadikan masjid sebagai tempat penyatuan umat Islam yang semakin berpecah belah dewasa ini. 

#MisiHjSalehSolatDiSeribuMasjid
#AyuhMartabatkanMasjid
#MasjidTempatPenyatuanUmmah
#JomPaiMesojik
#YokLungoMesjid
#AyuhakKeMasjid
#MasjidNombor156
#JamakTaqdimZuhurAsar4Mac2018

Friday, February 23, 2018

Kolah Tempat Ambil Wudhuk Masjid - Di Masjid Nombor 133


Kepada yang segenerasi dengan Hj Saleh dan membesar di Daerah Sabak Bernam yang terletak paling utara di Negeri Selangor, pasti sudah biasa dengan tempat wudhuk seperti gambar di bawah.
Kolah Tempat Ambil Wudhuk di Masjid Al Faizin Peket 100

Hj Saleh di Masjid Nombor 133

Hj Saleh ingat sudah tiada tempat wudhuk seperti ini lagi. Rupa2nya masih ada.
Hj Saleh masih ingat di Masjid Sungai Ayer Tawar (lama), masjid Hj Saleh bersolat Jumaat dengan Allahyarham ayahanda Hj Abdul Latif di tahun 1970an, bukan sahaja ada tempat wudhuk seperti ini, malahan ada kolam bertangga kayu sebagai tempat mengambil wudhuk.
Di masjid inilah Hj Saleh kerap bertemu dengan Azman Misnon yang bersekolah di SK Sungai Ayer Tawar (SKSAT) dan buat arrangement friendly bola sepak di antara pasukan bola sepak sekolah kami.
Tempat wudhuk ini juga mengingatkan Hj Saleh kepada surau di kampung yang dikenali sebagai Surau Kiyai Hj Suhud. Di bulan Ramadhan, Hj Saleh akan berlumba2 mengambil wudhuk selepas bermain bersama rakan2 sekampung seperti Zara Adi, Zainal Abiddin, Jamsari Paniran dan Mohd Nazir ketika Solat Tarawih hendak dimulakan.
Bila sahaja Hj Saleh terpandang tempat wudhuk ini ketika melangkah masuk ke Masjid Nombor 133 pada 15hb Februari 2018 tempohari, nostalgia lama ini kembali menjengah minda.
Masjid Nombor 133 merupakan sebuah masjid lama yang terletak di Peket 100 Simpang Lima Sungai Besar. Dipercayai masjid ini yang terletak di tengah-tengah sawah padi mula dibina pada tahun 1952. Pembinaan masjid ini siap dua tahun kemudian.
Sudah pasti tempat wudhuk seperti gambar di bawah ini adalah salah satu keunikan Masjid Nombor 133 yang dikenali sebagai Masjid Al Faizin Peket 100.
Jika anda ingin merasa ambil wudhuk di kolah wudhuk seperti ini, pergilah ke masjid ini.

(Nota: FB Page Post on 22/2/2018, 9:35am)

Sunday, January 28, 2018

Tabung Masjid Paling Unik

Alhamdulillah setakat ini (28 Jan 2018, 1:28am), Hj Saleh telah berjaya singgah bersolat di 98 buah masjid. Tinggal dua buah masjid lagi untuk genap seratus buah masjid. 

Hj Saleh sungguh tidak menyangka akan dapat singgah bersolat di seratus buah masjid dalam tempoh tiga bulan bermula awal November tahun lalu. Ini bermakna secara purata, Hj Saleh berjaya ziarah dan singgah untuk bersolat di 32 buah masjid sebulan. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.

Dalam entry kali ini, Hj Saleh ingin berkongsi tentang Tabung Masjid yang paling unik dan berlainan daripada biasa. 

Adakah pembaca blog semua bersetuju dengan Hj Saleh yang tabung-tabung berikut unik?

Tabung Masjid berwarna Oren

Tabung Masjid berwarna Biru

Tabung Masjid berwarna Hitam

Tabung Masjid berwarna Hijau

Tabung Masjid berwarna Kelabu (Grey)

Tolong beritahu atau share dengan Hj Saleh jika Tabung Masjid di masjid qaryah anda juga sangat unik seperti ini.


Hj Saleh
Shah Alam
28.01.2018, 2:20am

Monday, January 8, 2018

Masjid Hj Saleh Solat Di Bulan November 2017

Hj Saleh secara rasminya memulakan Misi ini pada 1 hb November 2017 iaitu pada Hari Rabu. Ketika ini Hj Saleh masih belum ada struktur dan format dokumentasi tentang masjid yang diziarahi lagi. Itu sebab terlalu sedikit gambar-gambar masjid yang ditangkap menggunakan HP Xiomi Mi Max Hj Saleh.  

Masjid Pertama yang masuk dalam senarai adalah Masjid Sultan Abdul Samad KLIA yang buat pertama kalinya Hj Saleh jejakkan kaki di masjid yang agam dan indah ini. Masjid KLIA ini sangat besar dan cantik.

Masjid Kedua adalah Masjid As Salam Pangsapuri Petaling Permai yang terletak di Jalan PJS 1/21. Hj Saleh singgah solat Maghrib di masjid ini. Memandangkan Hj saleh terlepas solat berjemaah, Hj Saleh solat Maghrib bersendirian di sebelah kanan ruang solat utama. Ini adalah kerana kuliah Maghrib sedang berlansung.

Masjid Ketiga dalam senarai adalah Masjid Al Mukhlisin yang terletak di Alam Damai. Hj Saleh baru pertama kali sampai dan berada di Alam Damai pada hari Isnin bersamaan 27 hb November 2017. Memandangkan waktu Maghrib sudah lama berlalu, Hj Saleh guna aplikasi Waze untuk mencari masjid yang paling terdekat. Ketika Hj Saleh tiba di Masjid Al Mukhlisin ini, kuliyah Maghrib sedang berlansung.

Rupa-rupanya Hj Saleh terlepas pandang sebuah masjid yang Hj Saleh singgah solat. Masjid tersebut terletak di Pekan Simpang 4 BNO yang tidak jauh dari rumah kampung Hj Saleh. Masjid ini yang diasaskan oleh Hj Sulaiman bin Samah dikenali sebagai Masjid Ubudiah. Seperti kebanyakan masjid di kampung-kampung, Masjid Ubudiah ini tidak besar. Masjid ini mengingatkan Hj Saleh kepada Allahyarham ayahanda Hj Saleh, Hj Abdul Latif Hj Hasan Basri, yang pernah bermalam di masjid ini dengan kumpulan tabligh di tahun 1980an dan 1990an. Untuk mengelakkan dari pertukaran nombor senarai masjid yang banyak, Hj Saleh telah meletakkan Masjid Ubudiah ini sebagai masjid nombor 60 dalam senarai.


1. Masjid Sultan Abdul Samad KLIA

Tarikh Singgah : 1 November 2017
Mula dibina pada 1/8/1997
Dirasmikan pada 25/8/2000 oleh Sultan Selangor, DYMM Tengku Idris Shah


2. Masjid As Salam Pangsapuri Petaling Permai PJS

Tarikh Singgah : 14 November 2017

Pandangan Hadapan Masjid As Salam


3. Masjid Al Mukhlisin Alam Damai KL

Tarikh Singgah : 27 November 2017
Mula dibina pada 17/5/2007
Tarikh penyerahan : 7/9/2009


60. Masjid Ubudiah Pekan Simpang 4 BNO Sabak Bernam Selangor

Tarikh Singgah : 16 November 2017
Mula dibina pada 1/1/1971
Dirasmikan pada 23/6/1972 oleh Raja Muda Selangor


Bukit Jelutong
8/1/2018, 1:00pm