Hari ini public holiday kerana Tahun Baru jatuh pada hari Ahad. Wakdan sekeluarga menghantar Anis balik ke asrama di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor atau lebih dikenali sebagai KUSESS. Tahun ini Anis di Tingkatan 2. Sungguh cepat masa berlalu. Setahun wakdan telah berulang alik ke Kuala Selangor (KS) menjemput dan menghantar Anis dari dan ke asramanya.
Setelah settle segala urusan di asrama, kami sekeluarga makan tengahari di Restoran Bagan yang terletak di hadapan Masjid Pekan Kuala Selangor. Setelah selesai makan dan membayar di kaunter pembayaran, wakdan dan Fikri pergi ke Masjid Pekan KS untuk bersolat Zuhur. Isteri wakdan dan Anis memilih untuk bersolat di surau KUSESS.
Masjid tersebut merupakan sebuah masjid lama. Rasanya, wakdan pernah bersolat di masjid ini ketika bersekolah di Kajang dan Kelang di awal tahun 1980an dahulu. Kerap juga rasanya wakdan singgah di perhentian bas lama KS yang terletak di tepi sungai berhampiran masjid ini. Wakdan naik "bas loncat" samada dari Puduraya atau Klang bus stand ke Kuala Selangor. Dari KS naik bas pula ke Tanjung Karang dan seterusnya ke Sabak Bernam.
Tidak pernah rasanya aku balik dari asrama ke kampung yang dijemput oleh arwah ayah atau ahli keluarga. Wakdan kena balik sendiri menaiki bas. Tidak seperti kebanyakan anak-anak sekarang yang berhantar berjemput. Itulah perubahan zaman yang perlu disyukuri dan kisah zaman lampau yang perlu menjadi ingatan dan pengajaran. Kesemuanya ada hikmah yang tersendiri. Yang amat penting, berserahlah kepada ALLAH azza wajalla.
Hamparan permaidani yang cantik dan selesa untuk kita bersujud kepada ALLAH yang maha esa.
Cantik dan indah ukiran di dalam Masjid Pekan KS. Semoga menjadi tarikan umat Islam untuk datang bersolat di masjid ini.
Tidak dipastikan bila Masjid Pekan KS ini dibina. Tetapi wakdan percaya ia merupakan sebuah masjid lama. Cuba juga cari maklumat melalui Google, tetapi sayang tidak banyak info dan maklumat tentang masjid ini yang ditemui.
Tempat Bersolat Di Hentian LATAR
Tempat bersolat di hentian Lebuhraya LATAR arah ke KL juga amat selesa. Tiada alasan bagi kita untuk tidak bersolat sewaktu dalam perjalanan kerana kemudahan tempat bersolat yang baik dan selesa telah disediakan.
"YA ALLAH, BERILAH KAMI KEKUATAN UNTUK MENJAGA SOLAT KAMI. JADIKAN LAH KAMI HAMBA2 MU YANG BERSEGERA DAN MENJAGA SOLAT."
No comments:
Post a Comment