Jumaat minggu lalu (10 Februari), wakdan bersolat di Masjid Uniten yang terletak di kawasan institusi Bangi. Senang cerita, masjid tersebut dekat dengan Pusat Latihan Maybank.
Sungguh bersemangat khatib menyampaikan khutbahnya. Beliau merupakan khatib jemputan pada andaian wakdan. Beliau menyampaikan khutbahnya dalam Bahasa Inggeris. Satu keunikan tersendiri kerana lazimnya khutbah di kebanyakan masjid di Malaysia adalah dalam Bahasa Malaysia.
Agak panjang juga khutbahnya dari kelaziman iaitu selama 15 minit. Tidak kurang setengah jam lamanya khutbah Jumaat tersebut. Intipati khutbah adalah berkenaan Seksaan Kubur atau Punishment of the Grave. Rasanya agak wajar juga khutbah dalam Bahasa Inggeris kerana ramai di kalangan Jamaah dari luar negara terutamanya dari negara-negara Timur Tengah.
Teruja wakdan mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib dengan begitu bersemangat sekali. Semoga semua para Jamaah juga begitu. Sama-sama menginsafi diri dan takut dengan seksaan kubur yang maha dahsyat.
Gambar-gambar berikut adalah buktinya. Semua gambar dirakam oleh Black Berry Curve.
No comments:
Post a Comment