Monday, February 13, 2012

Khutbah Jumaat Berbahasa Inggeris Yang Mengujakan

Jumaat minggu lalu (10 Februari), wakdan bersolat di Masjid Uniten yang terletak di kawasan institusi Bangi. Senang cerita, masjid tersebut dekat dengan Pusat Latihan Maybank.

Sungguh bersemangat khatib menyampaikan khutbahnya. Beliau merupakan khatib jemputan pada andaian wakdan. Beliau menyampaikan khutbahnya dalam Bahasa Inggeris. Satu keunikan tersendiri kerana lazimnya khutbah di kebanyakan masjid di Malaysia adalah dalam Bahasa Malaysia.

Agak panjang juga khutbahnya dari kelaziman iaitu selama 15 minit. Tidak kurang setengah jam lamanya khutbah Jumaat tersebut. Intipati khutbah adalah berkenaan Seksaan Kubur atau Punishment of the Grave. Rasanya agak wajar juga khutbah dalam Bahasa Inggeris kerana ramai di kalangan Jamaah dari luar negara terutamanya dari negara-negara Timur Tengah. 

Teruja wakdan mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib dengan begitu bersemangat sekali. Semoga semua para Jamaah juga begitu. Sama-sama menginsafi diri dan takut dengan seksaan kubur yang maha dahsyat. 

Gambar-gambar berikut adalah buktinya. Semua gambar dirakam oleh Black Berry Curve.





Sunday, February 5, 2012

Bersolat Jumaat Di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara Kepong

Alhamdulillah, wakdan bersolat Jumaat buat pertama kalinya di Masjid Al-Imam Al-Ghazali (MAIAG) yang terletak di Bandar Manjalara, Kepong pada hari Jumaat 3 hb Februari yang lalu. Wakdan bersolat di masjid tersebut kerana ada tugasan di Tesco Village.

MAIAG - foto dimuat turun dari laman facebook.

Sebelum solat, wakdan makan tengahari dahulu di sebuah gerai di luar masjid. Wakdan tidak berseorangan sebenarnya. Ada dua orang rakan sepejabat, Irwan dan Fuad, turut bersama.

foto BB
foto BB
Boleh tahan besarnya masjid ini. Ramai murid-murid sekolah yang memenuhi masjid ini terutamanya di bahagian tengah masjid. Wakdan yakin mereka adalah pelajar di sebuah sekolah agama berasrama penuh  persekutuan yang terletak betul-betul di hadapan masjid di seberang jalan.

Khutbah minggu ini bertajuk "Inilah Rasulullah" bersempena sambutan Maulidul Rasul yang jatuh pada hujung minggu ini. Para jamaah sewajarnya bisa lebih menghayati intipati khutbah Jumaat ini kerana ada media presentation sewaktu khutbah sedang berlansung.