Alhamdulillah, wakdan bersolat Jumaat buat pertama kalinya di Masjid Al-Imam Al-Ghazali (MAIAG) yang terletak di Bandar Manjalara, Kepong pada hari Jumaat 3 hb Februari yang lalu. Wakdan bersolat di masjid tersebut kerana ada tugasan di Tesco Village.
MAIAG - foto dimuat turun dari laman facebook. |
Sebelum solat, wakdan makan tengahari dahulu di sebuah gerai di luar masjid. Wakdan tidak berseorangan sebenarnya. Ada dua orang rakan sepejabat, Irwan dan Fuad, turut bersama.
foto BB |
foto BB |
Boleh tahan besarnya masjid ini. Ramai murid-murid sekolah yang memenuhi masjid ini terutamanya di bahagian tengah masjid. Wakdan yakin mereka adalah pelajar di sebuah sekolah agama berasrama penuh persekutuan yang terletak betul-betul di hadapan masjid di seberang jalan.
Khutbah minggu ini bertajuk "Inilah Rasulullah" bersempena sambutan Maulidul Rasul yang jatuh pada hujung minggu ini. Para jamaah sewajarnya bisa lebih menghayati intipati khutbah Jumaat ini kerana ada media presentation sewaktu khutbah sedang berlansung.
No comments:
Post a Comment