Friday, November 22, 2013

KK .. Here I Come


Hari ini, Jumaat 22hb November 2013 wakdan menaiki penerbangan AirAsia AK5136 ke KK atau Kota Kinabalu, Sabah. Kedatangan ke KK adalah atas urusan kerja. Sewaktu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) KK, sompek wakdan merakam gambar masjid di bawah. Semoga dapek wakdan bersolat di masjid ini.  

Jika di usia muda dahulu, masjid-masjid di tempat-tempat yang ponah wakdan outstation jarang mendapat tempat di hati untuk dikunjungi atau diziarahi. Tetapi kali ini, wakdan akan cuba mencuri masa untuk mendatangi masjid-masjid seperti Masjid Negeri Sabah. In sha Allah!

Klik di sini, jika ingin tahu serba sedikit info tentang masjid ini.

Masjid Negeri Sabah

306, Hotel TH
7.26PM, Kota Kinabalu

Sunday, April 21, 2013

Iklan Jawatan Kosong Menarik


Sewaktu hendak bersolat Zuhur di sebuah surau di Seksyen 3, Shah Alam beberapa minggu lalu, wakdan ternampak banner iklan berikut. Bagi wakdan ia merupakan satu banner yang amat menarik dan kreatif. Ia berbentuk cynical atau satira yang bertujuan mengajak umat Islam mengerjakan solat berjemaah di rumah2 ibadat Allah i.e. masjid atau surau.

Anda pernah lihat banner yang sebegini?


banner menarik


Friday, March 1, 2013

Moh Solat Jumaat Di Masjid Baru BJ Hari Ini


Hari ini bertarikh 1 hb Mac 2013. Ia jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Wakdan rasa sangat ceria dan gembira kerana pada hari ini, Insya Allah, akan bersolat Jumaat buat kali pertamanya di masjid baru Bukit Jelutong. Sebuah masjid diraja. Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong namanya. Difahamkan ia antara masjid terbesar di Negeri Selangor. Perasmian masjid ini dijadualkan pada 16hb Mac 2013 oleh Sultan Selangor.

Wakdan sudah beberapa kali bersolat di masjid baru tersebut. Masjid baru yang sangat selesa dan indah. Semoga ia dapat dimakmurkan khususnya oleh para penduduk Bukit Jelutong. Semoga wakdan juga akan lebih bersemangat dan istiqomah ke masjid. MUO PAI MESOJID! (JOM PI MASJID!)


pintu utama

bahagian hadapan masjid

bahagian belakang masjid