Tuesday, December 5, 2017

"Misi Solat Di Seribu Masjid" - Pengenalan

Sewaktu blog ini diujudkan beberapa bulan selepas pulang dari menunaikan Rukun Islam ke 5 pada tahun 2010 iaitu menunaikan fardhu Haji di Mekah, di antara pengisiannya adalah ziarahku di masjid-masjid. 

Tetapi aku gagal menulis entri tentang masjid-masjid yang pernah ku kunjungi.

Sewaktu aku berkursus Usahawan Mutawwif Profesional (UMP) di bulan Oktober lalu, keinginanku untuk kembali menziarahi dan bersolat di Masjid Al Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah kembali membuak-buak. Bukan itu sahaja, keinginanku untuk menziarahi dan bersolat di Masjid Al Aqsa semakin berputik. 

Tidak perlulah ku nyatakan lagi apa kelebihan ketiga-tiga masjid ini. Bacalah hadis di bawah yang bersumberkan dari URL ini.

Hadis Kelebihan Bersolat di Masjid Al Haram dan Masjid Nabawi

Memandangkan sekarang aku berpeluang untuk bersolat di masjid-masjid di sekitar Lembah Kelang, aku telah menetapkan satu MISI iaitu "Misi Solat Di Seribu Masjid"

Insya Allah, aku akan berkongsi gambar-gambar dan info setiap masjid yang pernah aku kunjungi untuk bersolat. Semoga usaha dan misi ini menjadi satu galakan kepada diri aku dan saudara-saudara seIslam ku semua untuk rajin solat berjemaah dan mendatangi masjid. Semoga masjid dapat dimertabatkan dan jadi pusat sehenti kepada semua.

Banyak persoalan2 yang boleh ditanya tentang masjid.

Masjid apa yang mula didirikan oleh Rasulullah dan sahabat2nya?

Masjid apa yang mula dibina di setiap negeri dan di Malaysia?

Berapa banyak masjid yang ada di seluruh Negeri Selangor?

Berapa banyak masjid yang ada di seluruh Malaysia?

No comments:

Post a Comment