Friday, November 22, 2013

KK .. Here I Come


Hari ini, Jumaat 22hb November 2013 wakdan menaiki penerbangan AirAsia AK5136 ke KK atau Kota Kinabalu, Sabah. Kedatangan ke KK adalah atas urusan kerja. Sewaktu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) KK, sompek wakdan merakam gambar masjid di bawah. Semoga dapek wakdan bersolat di masjid ini.  

Jika di usia muda dahulu, masjid-masjid di tempat-tempat yang ponah wakdan outstation jarang mendapat tempat di hati untuk dikunjungi atau diziarahi. Tetapi kali ini, wakdan akan cuba mencuri masa untuk mendatangi masjid-masjid seperti Masjid Negeri Sabah. In sha Allah!

Klik di sini, jika ingin tahu serba sedikit info tentang masjid ini.

Masjid Negeri Sabah

306, Hotel TH
7.26PM, Kota Kinabalu

No comments:

Post a Comment