Hanya dua keping foto yang sempat Hj Saleh snap ketika solat Subuh di Masjid Sallehuddin Al Ayyubi, masjid nombor 4 dalam senarai Misi Hj Saleh Solat di Seribu Masjid, yang terletak di Taman Melati Kuala Lumpur pada subuh Jumaat, 1 hb Disember 2017.
Hj Saleh sangat teruja dengan kehadiran jemaah yang ramai terutamanya untuk solat Subuh. Selepas solat Subuh di masjid ini, Hj Saleh mendapat job ke KLIA.
Jemaah solat subuh yang ramai di masjid ini, Alhamdulillah |
Bilakah Masjid Sallehuddin Al Ayyubi dibina? Melalui pertanyaan "Pakcik Google", rekabentuk masjid yang berkonsepkan Timur Tengah dan moden ini telah dibina pada 17 Zulhijjah 1427H iaitu bersamaan dengan 8 hb Disember 2006.
Ini bermakna, pada 8 hb Disember yang lalu masjid ini telah genap berusia 11 tahun.
Lensa masjid di keheningan subuh |
No comments:
Post a Comment