Semalam wakdan baca satu artikel di akhbar Sinar Harian yang ingin dikongsi dalam entry kali ini. Ia berkenaan status agama pada kad pengenalan.
Berita tersebut adalah berkenaan seorang lelaki di Pulau Pinang yang bernama Mohd Nordin Mohd Tahir. Dia tidak perasan tentang kesilapan status agama dalam kad pengenalannya. Status agamanya tercatit "Budha" sedangkan beliau merupakan seorang Islam semenjak lahir.
Pakcik tersebut amat terkilan dengan kesilapan yang berlaku kerana melalui semakan yang dibuat, tidak berlaku kesilapan semasa mengisi borang. Dia bercadang hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bertanggungjawab terhadap urusan kad pengenalan.
Masalah ini mungkin nampak remeh temeh tetapi mempunyai kesan yang sangat besar terutamanya jika berlaku kematian.
"Mujur saya tahu awal. Kalau saya mati dulu tanpa mengetahui perkara sebenar, apa akan jadi? Pasti semuanya akan jadi kucar kacir.", katanya.
Salah satu moral of the story, sentiasa semak segala butiran setelah membuat sebarang urusan samada di jabatan-jabatan kerajaan atau institusi kewangan.
Pada pengamatan wakdan (termasuk diri sendiri he he), rakyat Malaysia kurang prihatin untuk membuat semakan butiran setelah membuat sesuatu urusan.
So, anda sudah semak status agama dalam kad pengenalan?
Macam mana cara menyemak status agama?
ReplyDeleteCek nama sy masuk memeluk agama islam
ReplyDelete