Friday, March 1, 2013

Moh Solat Jumaat Di Masjid Baru BJ Hari Ini


Hari ini bertarikh 1 hb Mac 2013. Ia jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Wakdan rasa sangat ceria dan gembira kerana pada hari ini, Insya Allah, akan bersolat Jumaat buat kali pertamanya di masjid baru Bukit Jelutong. Sebuah masjid diraja. Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong namanya. Difahamkan ia antara masjid terbesar di Negeri Selangor. Perasmian masjid ini dijadualkan pada 16hb Mac 2013 oleh Sultan Selangor.

Wakdan sudah beberapa kali bersolat di masjid baru tersebut. Masjid baru yang sangat selesa dan indah. Semoga ia dapat dimakmurkan khususnya oleh para penduduk Bukit Jelutong. Semoga wakdan juga akan lebih bersemangat dan istiqomah ke masjid. MUO PAI MESOJID! (JOM PI MASJID!)


pintu utama

bahagian hadapan masjid

bahagian belakang masjid


No comments:

Post a Comment