Friday, February 23, 2018

Kolah Tempat Ambil Wudhuk Masjid - Di Masjid Nombor 133


Kepada yang segenerasi dengan Hj Saleh dan membesar di Daerah Sabak Bernam yang terletak paling utara di Negeri Selangor, pasti sudah biasa dengan tempat wudhuk seperti gambar di bawah.
Kolah Tempat Ambil Wudhuk di Masjid Al Faizin Peket 100

Hj Saleh di Masjid Nombor 133

Hj Saleh ingat sudah tiada tempat wudhuk seperti ini lagi. Rupa2nya masih ada.
Hj Saleh masih ingat di Masjid Sungai Ayer Tawar (lama), masjid Hj Saleh bersolat Jumaat dengan Allahyarham ayahanda Hj Abdul Latif di tahun 1970an, bukan sahaja ada tempat wudhuk seperti ini, malahan ada kolam bertangga kayu sebagai tempat mengambil wudhuk.
Di masjid inilah Hj Saleh kerap bertemu dengan Azman Misnon yang bersekolah di SK Sungai Ayer Tawar (SKSAT) dan buat arrangement friendly bola sepak di antara pasukan bola sepak sekolah kami.
Tempat wudhuk ini juga mengingatkan Hj Saleh kepada surau di kampung yang dikenali sebagai Surau Kiyai Hj Suhud. Di bulan Ramadhan, Hj Saleh akan berlumba2 mengambil wudhuk selepas bermain bersama rakan2 sekampung seperti Zara Adi, Zainal Abiddin, Jamsari Paniran dan Mohd Nazir ketika Solat Tarawih hendak dimulakan.
Bila sahaja Hj Saleh terpandang tempat wudhuk ini ketika melangkah masuk ke Masjid Nombor 133 pada 15hb Februari 2018 tempohari, nostalgia lama ini kembali menjengah minda.
Masjid Nombor 133 merupakan sebuah masjid lama yang terletak di Peket 100 Simpang Lima Sungai Besar. Dipercayai masjid ini yang terletak di tengah-tengah sawah padi mula dibina pada tahun 1952. Pembinaan masjid ini siap dua tahun kemudian.
Sudah pasti tempat wudhuk seperti gambar di bawah ini adalah salah satu keunikan Masjid Nombor 133 yang dikenali sebagai Masjid Al Faizin Peket 100.
Jika anda ingin merasa ambil wudhuk di kolah wudhuk seperti ini, pergilah ke masjid ini.

(Nota: FB Page Post on 22/2/2018, 9:35am)