Sunday, January 28, 2018

Tabung Masjid Paling Unik

Alhamdulillah setakat ini (28 Jan 2018, 1:28am), Hj Saleh telah berjaya singgah bersolat di 98 buah masjid. Tinggal dua buah masjid lagi untuk genap seratus buah masjid. 

Hj Saleh sungguh tidak menyangka akan dapat singgah bersolat di seratus buah masjid dalam tempoh tiga bulan bermula awal November tahun lalu. Ini bermakna secara purata, Hj Saleh berjaya ziarah dan singgah untuk bersolat di 32 buah masjid sebulan. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.

Dalam entry kali ini, Hj Saleh ingin berkongsi tentang Tabung Masjid yang paling unik dan berlainan daripada biasa. 

Adakah pembaca blog semua bersetuju dengan Hj Saleh yang tabung-tabung berikut unik?

Tabung Masjid berwarna Oren

Tabung Masjid berwarna Biru

Tabung Masjid berwarna Hitam

Tabung Masjid berwarna Hijau

Tabung Masjid berwarna Kelabu (Grey)

Tolong beritahu atau share dengan Hj Saleh jika Tabung Masjid di masjid qaryah anda juga sangat unik seperti ini.


Hj Saleh
Shah Alam
28.01.2018, 2:20am

Monday, January 8, 2018

Masjid Hj Saleh Solat Di Bulan November 2017

Hj Saleh secara rasminya memulakan Misi ini pada 1 hb November 2017 iaitu pada Hari Rabu. Ketika ini Hj Saleh masih belum ada struktur dan format dokumentasi tentang masjid yang diziarahi lagi. Itu sebab terlalu sedikit gambar-gambar masjid yang ditangkap menggunakan HP Xiomi Mi Max Hj Saleh.  

Masjid Pertama yang masuk dalam senarai adalah Masjid Sultan Abdul Samad KLIA yang buat pertama kalinya Hj Saleh jejakkan kaki di masjid yang agam dan indah ini. Masjid KLIA ini sangat besar dan cantik.

Masjid Kedua adalah Masjid As Salam Pangsapuri Petaling Permai yang terletak di Jalan PJS 1/21. Hj Saleh singgah solat Maghrib di masjid ini. Memandangkan Hj saleh terlepas solat berjemaah, Hj Saleh solat Maghrib bersendirian di sebelah kanan ruang solat utama. Ini adalah kerana kuliah Maghrib sedang berlansung.

Masjid Ketiga dalam senarai adalah Masjid Al Mukhlisin yang terletak di Alam Damai. Hj Saleh baru pertama kali sampai dan berada di Alam Damai pada hari Isnin bersamaan 27 hb November 2017. Memandangkan waktu Maghrib sudah lama berlalu, Hj Saleh guna aplikasi Waze untuk mencari masjid yang paling terdekat. Ketika Hj Saleh tiba di Masjid Al Mukhlisin ini, kuliyah Maghrib sedang berlansung.

Rupa-rupanya Hj Saleh terlepas pandang sebuah masjid yang Hj Saleh singgah solat. Masjid tersebut terletak di Pekan Simpang 4 BNO yang tidak jauh dari rumah kampung Hj Saleh. Masjid ini yang diasaskan oleh Hj Sulaiman bin Samah dikenali sebagai Masjid Ubudiah. Seperti kebanyakan masjid di kampung-kampung, Masjid Ubudiah ini tidak besar. Masjid ini mengingatkan Hj Saleh kepada Allahyarham ayahanda Hj Saleh, Hj Abdul Latif Hj Hasan Basri, yang pernah bermalam di masjid ini dengan kumpulan tabligh di tahun 1980an dan 1990an. Untuk mengelakkan dari pertukaran nombor senarai masjid yang banyak, Hj Saleh telah meletakkan Masjid Ubudiah ini sebagai masjid nombor 60 dalam senarai.


1. Masjid Sultan Abdul Samad KLIA

Tarikh Singgah : 1 November 2017
Mula dibina pada 1/8/1997
Dirasmikan pada 25/8/2000 oleh Sultan Selangor, DYMM Tengku Idris Shah


2. Masjid As Salam Pangsapuri Petaling Permai PJS

Tarikh Singgah : 14 November 2017

Pandangan Hadapan Masjid As Salam


3. Masjid Al Mukhlisin Alam Damai KL

Tarikh Singgah : 27 November 2017
Mula dibina pada 17/5/2007
Tarikh penyerahan : 7/9/2009


60. Masjid Ubudiah Pekan Simpang 4 BNO Sabak Bernam Selangor

Tarikh Singgah : 16 November 2017
Mula dibina pada 1/1/1971
Dirasmikan pada 23/6/1972 oleh Raja Muda Selangor


Bukit Jelutong
8/1/2018, 1:00pm