Salam 1 Ramadhan 1441H
Hj Saleh teringat Ramadhan 1440H/2019M di mana diberi kesempatan oleh Allah beriftar di beberapa buah masjid.
Antaranya adalah Masjid Ibnu Mas'ud, Masjid Nombor 342 dalam senarai #MisiHjSalehSolatDiSeribuMasjid, yang terletak di Jalan Damai Kuala Lumpur. Nampak gayanya Ramadhan 1441H/2020M kali ini, kesempatan seperti ini adalah agak mustahil.
Siapakah Ibnu Mas'ud ini sebenarnya?
Usahkan anak2 kita, malah kebanyakan dari kita sebagai ibu bapa tidak kenal siapakah beliau. Justeru itu, Hj Saleh ingin berkongsi info dan maklumat tentang Ibnu Mas'ud, salah seorang sahabat Rasulullah, yang diabadikan sebagai nama sebuah masjid di kota metropolitan Kuala Lumpur.
Signage Masjid Nombor 342 |
Pandangan sisi hadapan Masjid Ibnu Mas'ud |
Mimbar & Mihrab Masjid |
Waktu Iftar di Masjid Ibnu Mas'ud |
Nama penuh beliau ialah Abu Abdirrahman Abdullah bin Mas'ud al-Hudzali al-Makki al-Badri. Beliau sering juga dipanggil dengan sebutan 'Ibnu Ummi Abd' dinisbatkan kepada ibunya kerana bapanya telah meninggal sejak beliau kecil.
Abdullah bin Mas'ud adalah seorang sahabat terkemuka, lantang bersuara dan menyampaikan pendapat selari dengan Al-Quran, imam dan ahli ilmu di kalangan para sahabat. Penegak sunnah Rasulullah dan penghancur doktrin-doktrin bid'ah yang menyesatkan umat Islam selepas kewafatan Nabi.
Ibnu Mas’ud terkenal dengan ketinggian ilmu dan kefahaman dalam menghurai rahsia Al-Quran. Butir-butir kalimat yang beliau ucapkan seperti ungkapan dari lisan kenabian. Beliau amat fasih dalam menjelaskan ayat-ayat mutasyabihat (strategi) Al-Quran serta menggunakan formulanya di dalam urusan agama.
Ibnu Mas’ud juga salah seorang penyusun lembaran-lembaran dan catitan wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W mengikut asbabun nuzul. Beliau disebut oleh Rasulullah S.A.W sebagai salah seorang yang paling memahami setiap ayat yang diturunkan, asbab diturunkan, bila dan di mana ia berlaku.
Kebijaksanaannya membolehkan beliau menulis dan menyusun seluruh kandungan Al-Quran menurut Mushaf atau susunannya. Ibnu Mas'ud sentiasa bertadarus bersama Rasulullah S.A.W dan Baginda sendiri sentiasa menyemak bacaan Al-Quran Ibnu Mas’ud sehingga bacaannya sangat diyakini.
Sumber : FB Akademi Insan Prihatin |
Beliau menerima AI-Quran laugsung dari mulut Rasulullah S.A.W sendiri dan membacanya sebagaimana didengarnya dari baginda. Rasulullah S.A.W bertutur tentangnya. "Barang siapa ingin mendengarkan Al-Qur’an dalam keadaan segar sebagaimana ia turun, maka dengarkanlah bacaan Abdullah bin Mas’ud." (HR. Tirmidzi)
Abdullah bin Mas’ud secara fizikal adalah seorang yang berbadan kurus dan lembut namun tegas dan cerdas. Beliau juga seorang yang cermat, pembersih dan suka memakai wangian. Di sebalik perwatakannya yang sederhana, beliau bukanlah seorang yang lemah.
Ibnu Mas’ud telah membunuh Abu Jahal dengan memenggal kepalanya dalam Perang Badar. Tidak dinafikan lagi beliau adalah seorang yang sangat berani. Semua peperangan penting telah disertai beliau bersama-sama Rasulullah. Tidak ada satu pun yang beliau culas melainkan sentiasa berada di samping Rasulullah S.A.W.
Semoga bermanafaat kepada semua.
Sumber: Facebook AKADEMI INSAN PRIHATIN
Boleh tonton video youtube berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang siapa Ibnu Mas'ud.
Link - https://www.youtube.com/watch?v=vCnfhMQAKMw
Boleh tonton video youtube berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang siapa Ibnu Mas'ud.
Link - https://www.youtube.com/watch?v=vCnfhMQAKMw